12 September 2013

Peluang Belajar Jahit Baju Kurung

Salam semua... harap korang semua sihat sejahtera hendaknya. Maklum sahajalah, keadaan cuaca sekarang memang tak menentu langsung. Kejap panas, kejap hujan, boleh mendatangkan penyakit macam nie. Dengan keadaan cuaca sekarang, penyakit seperti demam, batuk, selsema memang mudah berjangkit, jadi aku harap korang semua jagalah kesihatan diri dengan baik, amalkan minum air masak dalam kuantiti yang banyak, baru tahan sikit badan, takdelah mudah kena demam dan sebagainya. 


Baiklah, hari ini aku nak kongsikan dengan korang semua bagaimana korang semua boleh menambah pendapatan dengan bisnes menjahit baju kurung. Nampak macam biasa-biasa sahaja, tetapi kalau korang betul-betul fokuskan pada bisnes nie, memang betul-betul boleh buat duit. Bagi aku bisnes nie sesuai untuk sesiapa sahaja terutama sekali untuk suri rumah sepenuh masa yang boleh menjadikan bisnes nie salah satu pendapatan buat keluarga. Sekurang-kurangya ada juga sumber lain nak tambah pendapatan keluarga. 

Susah ke sebenarnya nak jahit baju kurung nie? tak susah sebenarnya kalau tahu cara-cara nak menjahit baju kurung nie. Kalau betullah susah nak jahit, memang susah kita nak cari baju kurung kat kedai-kedai sebab susah nak membuatnya, betul tak?.. tetapi sekarang  nie kita sendiri perasan yang bisnes baju kurung nie dimonopoli oleh peniaga-peniaga luar, susah nak tengok orang kita yang jual sendiri baju kurung nie, kalau ada pun tak seramai peniaga luar. 

Aku nak kongsikan satu kisah dari sahabat aku sendiri yang menjalankan perniagaan ini, untuk pengetahuan korang semua, ramai peniaga baju kurung nie sebenarnya bukan mereka yang menjahit, mereka sebenarnya menjadikan suri-suri rumah yang tidak bekerja menjahit untuk mereka. Kebiasaannya mereka akan buat satu perjanjian yang mana peniaga ini akan minta suri-suri rumah nie siapkan 100 pasang baju dalam tempoh sebulan atau dua bulan. Jadi, melalui perjanjian ini, peniaga akan tetap ambil tempahan seperti yang diminta walaupun mereka gagal menjual keseluruhan bajju kurung tersebut. Katakanlah sehelai baju kurung mereka ambil RM30, cuba kalikan dengan 100 pasang, kat situ dah ada income yang lebih dari gaji orang kerajaan.  

Bermula dari situ, korang bolehlah upah kawan-kawan, jiran-jiran ke untuk menjahit sekali, produk makin banyak, hasil pun lagi banyak. Semuanya hanya perlukan satu je iaitu kemahiran menjahit baju. jadi, pada yang nak belajar jahit baju kurung tue, korang bilehlah cuba belajar kat sini, korang akan diajar langkah demi langkah dari ukur baju, belajar gunting sampailah siap sepenuhnya sepasang baju kurung. Kalau korang rasa benda nie baik untuk korang dan mampu merubah hidup korang, bolehlah belajar menjahir baju kurung. Korang boleh tengok kat sini, Panduan Jahit Baju Kurung.