08 Oktober 2013

Bercuti Bersama Travelar.com Dan Digi

Ini merupakan satu peluang terbaik buat semua blogger apabila pihak Digi dan Travelar.com sedang mengadakan satu contest di mana hadiahnya berupa tiket percutian ke Bali dan juga Yangon. Aku rasa ini peluang terbaik buat korang semua untuk join contest ini, mana tahu nasib menyebelahi korang semua terpilih sebagai pemenang, dah dapat pergi melancong ke luar negara, free of charge lagi. Baiklah aku tak mahu cerita panjang lagi, pada korang yang teringin benar nak pergi melancong ke luar negara, apa kata anda join contest ini, syarat-syarat contest korang boleh rujuk kat bawah ini.


- Buat satu entri di blog korang semua kenapa korang semua nak pergi bercuti ke Bali atau Yangon. 

- Sebagai contoh " Saya ingin bercuti ke Bali/Yangon bersama Travelar kerana.............". Korang ceritalah kenapa nak pergi sana dan sebagainya. Entri yang paling kreatif dan memikat hati juri bakal memenangi percutian idaman anda.

- Tarikh tutup penyertaan ialah pada 03 November 2013 ( Ahad ) 12.00PM

Hadiah untuk pemenang ialah :-

1st prize: 1x 2nights at Chatrium Hotel, Royal Lake Hotel, Yangon

2nd prize: 1x 2 nights at Grand Mega Resort and Spa, Bali

3rd – 5th prize: 1x RM200 hotel voucher on Malaysian hotels bought on Travelar.com

Oh ya, sebelum terlupa, entri blog korang yang dah siap tu korang boleh submit kat sini. Jadi, tunggu apa lagi, cepat-cepat join contest nie, mana tahu impian anda untuk melancong ke luar negara tercapai melalui contest nie. 

Untuk maklumat lanjut korang boleh baca kat sini.

01 Oktober 2013

Terkesankah Perokok Dengan Harga Baru Rokok Sekarang??

Satu tindakan drastik dari kerajaan yang menaikkan harga rokok sehingga RM1.50, jika sebelum ini harga rokok hanya dinaikkan sekitar 30 sen hingga 50 sen, namum hari ini aku lihat harga rokok mencecah ke RM12.00 sekotak. Bagi aku ianya satu langkah yang sedikit sebanyak membantu mengurangkan jumlah perokok di negara kita ini. Dengan harga yang tinggi mungkin ada sesetengah perokok yang mengambil keputusan untuk berhenti merokok.


Sebelum ini kerajaan telah pun mengambil beberapa langkah seperti pengeluaran rokok dibawah kuantiti 20 batang dihentikan, menaikkan harga rokok, mengadakan kempen "Tak Nak Merokok" dan sebagainya. Namun, apa yang aku risaukan ialah sekiranya harga rokok terus naik, semakin banyakklah kes seludup rokok bebas cukai ke negara kita ini. Sekarang pun dah boleh lihat berapa banyak rokok-rokok seludup di jual dikedai-kedai runcit. Macam-macam nama yang aku jumpa, sampaikan "separuh masa" pun ada nama rokok. Rokok-rokok macam nie dijual pada harga yang jauh lebih murah, RM2.50 sahaja dah dapat sekotak rokok, jauh beza dengan harga rokok sebenar yang kerajaan luluskan. Jadi, bagi aku kes seludup rokok nie perlu banteras habi-habisan dulu barulah segala langkah yang kerajaan ambil untuk mengurangkan jumlah perokok di Malaysia ini berhasil.

Untuk pengetahuan korang, di tempat aku (Melaka), kerajaan negeri telahpun mewartakan beberapa tempat dan daerah di sini sebagai Zon Bebas Asap Rokok. Senang cakap, kawasan public di Melaka sekarang nie dah tak boleh nak merokok sesuka hati, memang dapat surat cintalah nanti. Jadi sekarang nie memang agak susahlah nak jumpa orang merokok kat kawasan-kawasan public di Melaka, silap-silap hari bulan kena saman dengan PBT. Kalau ada pun memang jenis yang tak makan saman, tak boleh nak buat apa dah. Dengan kempen ini, sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan jumlah perokok di negara kita ini, tak banyak sedikit pun jadilah.

Jadi, macam mana dengan korang semua yang merokok? ada effect ke dengan harga baru rokok sekarang? meh sini aku tolong kirakan duit rokok korang dan perbelanjaan untuk sebulan.

Gaji = RM 1500 ( anggaran kasar )
Duit Rokok = RM12 x 30 = RM360
Duit Minyak = RM15 x 25 = RM375
Hutang Kereta@Motor = RM400
Barang Rumah = RM300
Lain-lain = RM300

RM360 + RM375 + RM400 + RM300 + RM300 = RM 1735.00

RM1735 - RM1500 = -RM235

Amacam?? nampak tak -RM235!!




p/s: ada sahabat nie kongsikan tips berhenti merokok, boleh baca disini.