03 Julai 2014

Kembali selepas lama menyepi

Ya, agak lama juga aku menyepi dari dunia blogging ini. Dalam tempoh masa hampir dua bulan ini, aku cuba mencari kembali mood blogging yang jauh melayang entah ke mana. InsyaAllah dengan adanya entri baru ini, aku akan mula menulis blog seperti biasa selepas ini.

Oh ya, aku ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1435H, harap-harap masih belum terlambat lagi.


Lama betul aku tak menjenguk ke semua akaun online aku, mula dari blogger, wordpress, adsense dan lain-lain lagi, semuanya aku biarkan untuk seketika, malas betul aku nak login. Semalam aku berkesempatan untuk login kesemua akaun online aku, ya, ada banyak perkara yang aku tertinggal.

Blog Ads, satu lagi benda baru yang wujud dalam akaun Google ini. Kalau tanya aku memang aku tak pasti apa function Blog Ads ini, ada masa aku akan cuba hadamkan dalam fikiran aku nanti.

Nuffnang pula dah tukar layout website mereka. Wah, lama betul aku tak bukak akaun nuffnang ini, layout dashboard untuk publisher pun dah makin cantik. Cuma kalau boleh, jumlah amaun dalam akaun nuffnang aku itu ikut berubah sekali lagi cantik, kan? haha.. 

Adsense, alhamdulillah setakat ini iklan adsense aku masih lagi berjaya menghasilkan klik dan amaun untuk aku, walaupun tak sebanyak mana, namun aku gembira sebab blog yang aku bina itu masih lagi berjaya menarik pembaca setiap hari. Dan tahukah anda, setiap hari, aku mendapat empat hingga lima email bila mana blog tersebut berjaya menambah subscriber setiap hari, alhamdulillah. 

Dan harapan aku selepas ini adalah untuk melihat yang blog ini dapat menarik lebih ramai lagi pembaca, dan pastikan korang semua bookmark blog aku ini, haha... jangan paksa diri korang kalau korang tak nak bookmark blog aku ini, tapi kalau korang buat pun apa salahnya kan? haha....

Akhir sekali, sempena bulan ramadhan yang mulia ini, aku harap kita semua akan sentiasa mendapat keberkatan olehNYA. Gunakan ruang dan masa yang ada ini untuk kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadah kepadaNYA. Semoga kita semua tergolong di kalangan orang-orang yang diredhai, InsyaAllah....

07 Mei 2014

Bila suka bertangguh

Okay, aku sebenarnya hilang fokus nak menulis dekat blog ini, tak tahulah kenapa. Mungkin kerana sikap suka bertangguh aku ini yang menjadi penyebab blog ini tidak diupdate dengan lebih kerap.


Masalah yang selalu timbul bila aku nak update blog ini ialah terlalu cerewet dengan entri yang harus aku tulis. Berbanding dengan blog aku yang satu lagi, blog ini sebenarnya lebih aku fokuskan kepada niche lifestyle sahaja, jadi bila bab nak menulis entri tentang perkara seharian yang aku lakukan rasa semacam pula, segan pula bila baca balik apa yang aku tulis.

Jadi, bila dah macam itu, entri yang patut dipublish aku tangguhkan dulu sampailah sekarang, itu yang berbulan tak update entri di blog ini. 

Niche lifestyle. Kenapa aku pilih niche lifestyle bagi blog ini? sebab aku nak buat duit dari Nuffnang dengan blog ini, tak nak campur iklan-iklan lain, nanti cemburu pula Cik N. Hanya iklan Adsense sahaja yang aku tambah dalam blog ini sebab trafik yang masuk boleh bantu sikit income aku dengan adsense.

Setakat ini, blog ini sudah mampu memberikan income dari nuffnang, baik dari segi klik mahupun BE. Cuma BE yang aku dapat itu agak pelik sikit. Takde status on going terus dah kredit income ke dalam akaun, takpelah cik N, aku terima dengan redha. Jangan sampai aku berubah hati sudahlah, haha....

Pada korang yang selalu jenguk ke blog ini, teruskanlah hobi korang. Tiada apa yang mampu aku berikan melainkan ucapan terima kasih dari aku. 

Okay, nak update blog lagi satu pulak, adiosss...

14 Mac 2014

Orang kita hebat-hebat semuanya...

Serius, lama betul aku tak menulis dekat blog ini, dah hampir sebulan rasanya. Kalu nak diikutkan macam-macam perkara dan isu terkini yang aku boleh jadikan modal entri. Sekarang ini topik utama setiap hari di media cetak dan elektronik ialah isu kehilangan pesawat MAS MH370 sejak 8 Mac yang lalu. 


Sekarang ini, Malaysia menjadi tumpuan seluruh dunia dengan kejadian kehilangan pesawat ini. Kehilangan yang melibatkan ramai penumpang dari pelbagai negara menjadikan tumpuan dunia terarah kepada kita sepenuhnya. Dan perkara yang paling menjadi tumpuan ialah segala bentuk informasi dan teori dapat kita baca setiap hari. Ada yang cakap kena hijacklah, ada pula yang cakap dah selamat mendarat. Paling melucukan ialah bila tok bomoh pun turut serta sebagai pasukan mencari, dah macam pertunjukkan pula aku rasa benda ini.

Blogger pula sudah semestinya mengambil kesempatan atas isu kehilangan pesawat ini dengan menyiarkan segala bentuk entri berkaitan kehilangan pesawat MAS MH370. Pelbagai cerita yang disebarkan, dan yang paling menyakitkan hati apabila berita yang disampaikan itu semuanya belum dipastikan kesahihanya. Mana etika seorang blogger? sibuk sangat nak buat duit??

Cara ini sedikit pun tidak membantu mana-mana pihak dan yang lebih memilukan sudah semestinya keluarga penumpang yang terlibat dalam kejadian ini. Sedap-sedap mulut korang cakap dah terhempaslah, kena hijacklah, pilot berkomplotlah, dan macam-macam lagi. Apa perasaan mereka bila dengar berita-berita macam ini? macam mana kalau semua ini kena pada keluarga korang sendiri? suka??

Niat nak menyampaikan maklumat itu tak salah, tetapi sampaikan maklumat yang sahih dan ada bukti, bukan teori merepek semua itu. Dapatkan semua maklumat dari pihak yang berkenaan, yang berasaskan fakta dan bukti, kemudian barulah tulis dalam blog korang yang hebat itu!

Aku pasti bukan aku seorang yang sedih dengan kejadian ini, ramai lagi orang yang turut bersedih dengan kejadian ini, jadi tolonglah blogger-blogger diluar sana yang sibuk menulis pelbagai berita yang tidak sahih supaya berhenti dan menulis seperti biasa. Pergilah menulis balik gosip-gosip artis, kisah harian korang, macam yang selalu korang tulis itu. Tinggalkan isu MH370 ini sehingga semuanya selesai.

Boleh???







08 Februari 2014

Bocey juara persembahan, bukan undian

Maharaja Lawak Mega 2013 Akhir yang berlangsung malam tadi membuktikan bahawa populariti melebihi segalanya. Keputusan melalui undian SMS penonton mengangkat kumpulan Sepahtu sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2013 yang berlangsung di Stadium Melawati malam tadi.

Aku sebenarnya dah boleh agak keputusan malam tadi, bukan nak kata Sepahtu tak bagus cuma bagi aku malam tadi, kumpulan Bocey memberikan persembahan yang paling menghiburkan. Kalau korang follow persembahan Bocey setiap minggu, jarang mereka menghampakan penonton, tetapi nak buat macam mana, dah rezeki mereka, terima sahajalah.


Sebagai pendatang baru dalam Maharaja lawak Mega, Bocey berjaya membuktikan yang mereka ini mampu memberikan saingan sengit kepada peserta-peserta senior sehingga mampu melangkah ke pentas akhir.

#Bocey menjadi trending di laman twitter malam tadi, mengalahkan #maharajalawakmega, yang juara tak nampak pulak...hehe..apa-apapun tahniah aku ucapkan pada semua peserta MLM2013.

Keputusan Maharaja Lawak Mega 2013

1 - Sepahtu
2 - Shiro
3 - Bocey
4 - Jambu
5 - Nabil

13 Januari 2014

Jangan Ingat Kangkung Takde Nilai

Hari ini perkataan Kangkung agak popular di semua laman media sosial, semuanya gara-gara penurunan harga sayur Kangkung yang diumumkan oleh PM kita. Dah lepas isu barang naik, ini isu harga kangkung pulak yang jadi trending dekat media sosial ini, haihh...macam-macam hal.

#Kangkung jadi trending ke kat twitter? ada sapa-sapa yang boleh sahkan? hahaha..., mesti pelik team-team twitter tengok kan? lepas satu-satu trending pelik wujud kat twitter tu, semuanya dari twitter Malaysia.

Masa aku tengah sibuk nak membeli domain kat GoDaddy tadi, saja aku taip perkataan Kangkung dekat seacrh box domain tu, sekali keluar amik kau!!! domain Kangkung.com sekarang nie tengah auction beb! korang boleh tengok dekat jumlah current bid terkini, bukan main mahal lagi.



Pelik aku, siapa pula nak pakai domain kangkung nie? sampai bid macam itu punya harga. Bernilai betul domain nie, aku nak sangat tahu siapa pemilik domian nie nanti, orang kita ke?haha..

Apa-apa pun, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang, naik atau turun harga sesuatu barang itu korang semua tetap gunakannya, macam harga ayam juga, bising sana sini cakap harga ayam naik tapi korang tetap beli ayam juga kan? jadi, kesimpulannya ukurlah baju di badan sendiri, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang.








p/s: isteri mesej "yang petang nie lauk kangkung goreng belacan  yer tadi kat pasar murah"...perghhh... perkataan Kangkung lagi....

07 Januari 2014

Bereksperimen Dengan Geniee Pula

Masa tengah duduk melayan cerita Jawa Taiko malam tadi, aku dapat satu email yang dihantar oleh awek Geniee menyatakan yang blog aku telah diapprovedkan permohonannya untuk turut serta dalam program mereka. Alhamdulillah, tahun baru ini murah rezeki blog aku, usaha tangga kejayaan.



Bercerita pasal Geniee nie, setahu aku mereka bekerjasama dengan program-program iklan yang lain seperti Komli, Innity dan lain-lain lagi, kalau tak silap aku la., jadi iklan dari Geniee nie pun lebih kurang sama juga dengan iklan dari Komli dan Innity. Aku pun sebenarnya masih kurang arif lagi pasal Geniee nie, baru sehari dua nie sibuk nak bercinta dengan mereka. Ini semua sebab entri blog yang encik titan kongsikan tempoh hari, itu yang sibuk sangat nak join Geniee nie. Kalau betullah, memang gempak gila blog aku ada iklan dari Innity. Serius, Innity memang susah nak lepas masuk dalam program mereka, nak submit blog aku? segan kot hantar screenshot traffik dekat Innity. Jadi, Geniee adalah pilihan yang tepat bagi aku.

Bukan apa, aku sahaja cuba-cuba submit blog mereka dan Alhamdulillah, blog aku lepas masuk ke program mereka, adalah juga sumber lain untuk buat duit dekat blog aku. Aku harap income dari program Geniee nie dapatlah menambah sedikit sebanyak pendapatan aku dari blog untuk tahun ini, InsyaAllah.............

Pada yang berminat, anda boleh daftar disini. Klik Sini

1544

Isikan semua maklumat yang diperlukan oleh pihak Geniee, kemudian dalam ruangan Notes masukkan kod 1544. (seperti dalam gambar diatas)

Submitkan borang permohonan pada mereka, selesai. Sekiranya blog anda melepasi segala syarat-syarat yang ditetapkan, satu email pemberitahuan akan dihantar kepada anda menyatakan blog anda telah diapproved oleh mereka. 

Jadi, jom buat duit dengan Geniee...



p/s: dah lama tak update log ini rupanya....tahun 2014 nie kena rajin sikit... :-) came on!!



21 November 2013

Drama Dulu Dan Sekarang

Bila dilihatkan pada trend drama sekarang nie, semakin ramai pengarah yang mengambil jalan mudah dengan menjadikan novel-novel popular sebagai jalan cerita bagi sesebuah drama. Memang tak dinafikan cara ini memang menjadi dan mendapat sambutan yang hangat dari pada penonton dan peminat drama. Lihat sahaja pada drama Love You Mr. Arrogant yang mana aku sendiri pun bukan main layan lagi cerita tu tiap-tiap hari, tak boleh miss. Sebelum ini novel Lagenda Budak Setan telah diangkat ke layar perak yang korang memang sendiri tahu macam mana cerita tu menjadi bualan semua peminat filem dan drama dekat Malaysia nie.


Sebelum ini pun dah banyak dah pengarah-pengarah drama nie menjadikan novel sebagai sebuah drama seperti Cinta Pertama yang mana ini merupakan novel pertama yang aku baca masa zaman sekolah dulu. Memang layan juga Novel Cinta Pertama tu, tapi bila cerita tu dah diangkat ke drama, aku lihat kualitinya jauh lebih rendah daripada karya asalnya. kalau tak silap aku masa tu watak heroin novel tu dibawa oleh Lisdawati, lupa pulak aku nama watak heroin tu, yang aku ingat hero dalam novel tu bernama Carl Zafran. Yang pasti cerita-cerita novel sebegini jika diangkat menjadi drama memang senang mendapat peminat dan penontonnya, dekat dihati peminat. 

Semalam masa aku tengah melayan lagu dekat youtube, secara kebetulan aku dengar sebuah lagu yang memang cukup dekat dengan aku masa zaman budak-budak dulu. Korang boleh cam tak dengan lirik lagu nie?
biar diri menunggu, mengharung sisa hidupku..biar diri menunggu, bersama sisa menanti..moga kesempatan ini menjadi dendam terlerai.....
Bagi aku, cerita Dendam Terlerai nie memang terbaik dan berkualiti dengan jalan perceritaan dan pelakon-pelakon yang membarisi drama tersebut. Aku ingat lagi drama yang dilakonkan oleh Aliah Lee dan Rusdi Ramli nie, balik sekolah agama terus menghadap depan tv sebab nak melayan cerita nie, memang tak pernah miss langsung episod cerita nie. Walaupun masa tu aku masih dikategorikan budak-budak lagi, tapi bila mana cerita Dendam Terlerai nie berjaya menarik minat budak-budak macam aku, maknanya memang terbaiklah cerita nie. Tak tahulah pulak kalau aku sorang je budak-budak yang tengok cerita nie.

Aku tak pasti kalau korang pernah tengok cerita nie atau tak, tapi pada yang tengok cerita nie aku rasa mereka semua mempunyai pandangan dan pendapat yang sama iaitu drama Dendam Terlerai nie memang sebuah drama yang terbaik dan berkualiti. Kalau nak tengok balik cerita nie memang aku tak jumpa langsung mana-mana tempat yang tayangkan balik cerita nie, Astro memang tak lah, Tonton lagi takde, aku try juga search kat youtube, tapi video karaoke lagu tema dia adalah. Ada dengar juga yang cerita nie ada ditayangkan di HyppTv, entah...itu aku tak pasti sebab aku pakai Astro, bukan HyppTv. Aku harap pihak TV3 sudi-sudilah tayangkan balik cerita nie, confirm rating mengalahkan Love You Mr. Arrogant.

Pada yang rindu dengan cerita Dendam Terlerai nie, apa kata korang layan dulu lagu tema drama nie, confirm teringat balik zaman-zaman budak, zaman remaja, zaman bujang, zaman anak dara dulu. Kan.......





p/s:- teringat pulak cerita Cinta Antara Benua.......