14 September 2013

Go Malaysia Go!!!

Salam semua, bertemu lagi kita dalam entri terbaru di blog nie. Seperti yang korang semua maklum ataupun korang memang tak nak ambil maklum, malam nie pasukan Harimau Muda akan turun menentang pasukan Myanmar dalam perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka 2013. Aku rasa pada edisi kali ini pasukan kita mampu mendakap kejuaraan dengan peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh pemain Harimau Muda kita. Aksi pertama mungkin agak membimbangkan namun bila aku tengok game masa lawan Thailand tempoh hari, memang team kita nie mampu menjadi juara.


Malam nie aku pasti stadium mesti penuh dengan kehadiran penyokong-penyokong Harimau Muda, kebetulan pula malam ini malam minggu, jadi ramai peminat bola sepak akan mengambil kesempatan untuk menonton perlawanan di stadium berbanding di rumah, esok dan isnin dah cuti, jadi memang takde masalah kalau nak pergi tengok kat stadium. Pada yang pergi ke stadium tue, aku harap korang semua jagalah tingkah laku bagi menjaga nama baik Malaysia, ramai pemerhati luar yang akan turut memerhatikan perlawaan akhir malam nanti, media-media luar juga turut sama membuat liputan, tak naklah nanti timbul isu-isu yang boleh menjejaskan nama baik kita macam yang pernah berlaku pada edisi-edisi sebelum ini. Ingat lagi tak isu pancaran laser yang dibesar-besarkan oleh media-media Indonesia kononnya kita guna taktik kotorlah untuk menang an macam-macam lagilah. Lagi satu, janganlah bawa mercun dan bunga api bila nak ke stadium nanti, takut perkara buruk pula yang menimpa. Pastikan kita menonton dalam keadaan selamat dan yang pastinya bersemangat menyokong pasukan Harimau Muda kita.

Sebelum ini kita dah pun berjaya menumpaskan pasukan Myanmar dalam saingan kumpulan sebelum ini, jadi aku harap malam nie kita tiada masalah untuk atasi mereka sekali lagi. game masa lawan thailand tempoh hari memang best, harap dapat main macam tu juga malam nie. Pada yang tak dapat datang ke stadium, korang bolehlah menonton di kaca tv di saluran 119 dan juga Astro Arena 801. Sokong jangan tak sokong!!!