11 September 2013

Aku Datang....

Salam semua, pertama sekali terima kasih aku ucapkan pada anda semua yang sudi singgah di blog aku yang tidak seberapa ini. Tujuan aku menulis blog ini sebenarnya lebih kepada hobi aku untuk mengisi waktu lapang. Jadi segala perkara dan kisah seharian aku akan dikongsikan di blog ini. Pada yang masih belum mengenali aku lagi, teruskanlah melawat blog ini untuk mengenali aku dengan lebih dekat lagi, yang pasti aku tidak setampan Aaroon Aziz mahupun Adi Putra, tetapi satu sahaja yang pasti tentang aku, seorang hamba yang menjalani kehidupan di muka bumi Allah S.W.T.



Dunia blogging aku bermula hampir 4 tahun yang lalu, dan boleh dikatakan bahawa aku masih lagi baru di dalam dunia blogging nie. Aku bukanlah seorang blogger sepenuh masa kerana aku mempunyai pekerjaan tetap, tetapi aku menjadikan dunia blogging nie sebagai sebuah platform untuk aku berkongsi ilmu pengetahuan dengan pembaca. Sehingga waktu ini aku masih lagi belajar menguasai dunia blogging ini dengan rakan-rakan blogger yang lain. Masih lagi meningkatkan diri dalam bidang penulisan. Semoga minat dan hobi aku dalam dunia blogging ini mendatangkan sesuatu yang bermanfaat di masa akan datang. Sekian........