15 September 2013

Tahniah Harimau Muda, Juara Pesta Bola Merdeka 2013

Salam semua, tahniah aku ucapkan kepada pasukan Harimau Muda kita kerana berjaya menjadi juara Pesta Bola Merdeka pada edisi kali ini. Ternyata apa yang kita semua harapkan menjadi kenyataan. Aku berkesempatan menonton perlawanan malam tadi dan apa yang aku boleh simpulkan ialah pasukan Harimau Muda kita semakin matang dan mampu memberika cabaran pada pasukan lain. Pemain-pemain muda kita semakin matang dalam setiap permainan, cuma beberapa pemain harus meningkatkan lagi prestasi mereka. 


Dalam edisi kali ini, pasukan Harimau Muda kita berjaya mengharungi semua perlawanan dengan kemenangan dengan hanya bolos satu gol sahaja. Ya, satu prestasi yang membanggakan bagi kita semua. Penjaring terbanyak kejohanan juga menjadi milik pemain Harimau Muda iaitu Rozaimi Rahman dengan lima gol. 

Aku harap pasukan yang sama ini akan mencapai kejayaan di sukan SEA Myanmar nanti dengan membawa pulang pingat emas buat Malaysia. Namun beraksi di laman lawan nanti pastinya kita diberikan tentangan sengit oleh tuan rumah kerana Myanmar merupakan antara lawan yang memang tidak boleh dipandang rendah oleh mana-mana pasukan. Namun berbekalkan prestasi tinggi pasukan kita, aku harap kita mampu memiliki pingat emas.

Sekali lagi aku ucapkan tahniah pada pasukan bola sepak kita yang berjaya menumpaskan pasukan Myamnar 2 - 0 dalam perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka malam tadi. Semoga dengan kemenangan ini akan lebih menaikkan lagi semangat pemain-pemain kita.