06 November 2013

Dari Melaka Ke Kuantan

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga aku ke bandar Kuantan dengan selamat. Syukur sepanjang perjalanan tadi semuanya dalam keadaan selamat dan alhamdulillah semua urusan aku dipermudahkan olehNYA. lama juga rasanya tak sampai ke Kuantan nie, kali terakhir adalah dalam lima ke enam tahun lepas, itupun sebab sepupu aku kahwin, lepas tu memang tak pernah langsung jejak kaki ke sini lagi. 

Aku ke sini pun sebenarnya atas urusan kerja, jadi aku di Kuantan ini selama 10 hari bermula hari ini sampailah 15 haribulan nanti, huhh...lama juga tu, risau pula aku dengan isteri aku yang dekat rumah tu, entah apalah yang dia buat sekarang nie. Bila call lain macam je suara dia, sedih pula aku tinggalkan dia sorang-sorang dekat rumah tu. Bukan sekejap aku dekat sini, 10 hari pula tu, bagi aku memang lama. Sebelum nie memang jarang aku tinggalkan dia lama macam nie,dua tiga hari pun susah, inikan pula 10 hari? sungguh aku rindu. Itulah, pepatah ada menyebut sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan, so kenalah bertahan dalam beberapa hari ini.



Okay, stop cerita-cerita sedih nie kejap, nak tido karang boleh sambung balik. Aku berada di Kuantan ini sempena karnival Hari Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Pahang bertempat di Padang MPK Kuantan 2, jadi pada korang semua yang ada di tempat-tempat berhampiran marilah hadir untuk sama-sama memeriahkan lagi karnival ini. Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 10 malam. Pada yang ada kelapangan tu jemputlah datang okay.




p/s:- miss episod love u mr. arrogant hari nie.... ;-)