21 November 2013

Drama Dulu Dan Sekarang

Bila dilihatkan pada trend drama sekarang nie, semakin ramai pengarah yang mengambil jalan mudah dengan menjadikan novel-novel popular sebagai jalan cerita bagi sesebuah drama. Memang tak dinafikan cara ini memang menjadi dan mendapat sambutan yang hangat dari pada penonton dan peminat drama. Lihat sahaja pada drama Love You Mr. Arrogant yang mana aku sendiri pun bukan main layan lagi cerita tu tiap-tiap hari, tak boleh miss. Sebelum ini novel Lagenda Budak Setan telah diangkat ke layar perak yang korang memang sendiri tahu macam mana cerita tu menjadi bualan semua peminat filem dan drama dekat Malaysia nie.


Sebelum ini pun dah banyak dah pengarah-pengarah drama nie menjadikan novel sebagai sebuah drama seperti Cinta Pertama yang mana ini merupakan novel pertama yang aku baca masa zaman sekolah dulu. Memang layan juga Novel Cinta Pertama tu, tapi bila cerita tu dah diangkat ke drama, aku lihat kualitinya jauh lebih rendah daripada karya asalnya. kalau tak silap aku masa tu watak heroin novel tu dibawa oleh Lisdawati, lupa pulak aku nama watak heroin tu, yang aku ingat hero dalam novel tu bernama Carl Zafran. Yang pasti cerita-cerita novel sebegini jika diangkat menjadi drama memang senang mendapat peminat dan penontonnya, dekat dihati peminat. 

Semalam masa aku tengah melayan lagu dekat youtube, secara kebetulan aku dengar sebuah lagu yang memang cukup dekat dengan aku masa zaman budak-budak dulu. Korang boleh cam tak dengan lirik lagu nie?
biar diri menunggu, mengharung sisa hidupku..biar diri menunggu, bersama sisa menanti..moga kesempatan ini menjadi dendam terlerai.....
Bagi aku, cerita Dendam Terlerai nie memang terbaik dan berkualiti dengan jalan perceritaan dan pelakon-pelakon yang membarisi drama tersebut. Aku ingat lagi drama yang dilakonkan oleh Aliah Lee dan Rusdi Ramli nie, balik sekolah agama terus menghadap depan tv sebab nak melayan cerita nie, memang tak pernah miss langsung episod cerita nie. Walaupun masa tu aku masih dikategorikan budak-budak lagi, tapi bila mana cerita Dendam Terlerai nie berjaya menarik minat budak-budak macam aku, maknanya memang terbaiklah cerita nie. Tak tahulah pulak kalau aku sorang je budak-budak yang tengok cerita nie.

Aku tak pasti kalau korang pernah tengok cerita nie atau tak, tapi pada yang tengok cerita nie aku rasa mereka semua mempunyai pandangan dan pendapat yang sama iaitu drama Dendam Terlerai nie memang sebuah drama yang terbaik dan berkualiti. Kalau nak tengok balik cerita nie memang aku tak jumpa langsung mana-mana tempat yang tayangkan balik cerita nie, Astro memang tak lah, Tonton lagi takde, aku try juga search kat youtube, tapi video karaoke lagu tema dia adalah. Ada dengar juga yang cerita nie ada ditayangkan di HyppTv, entah...itu aku tak pasti sebab aku pakai Astro, bukan HyppTv. Aku harap pihak TV3 sudi-sudilah tayangkan balik cerita nie, confirm rating mengalahkan Love You Mr. Arrogant.

Pada yang rindu dengan cerita Dendam Terlerai nie, apa kata korang layan dulu lagu tema drama nie, confirm teringat balik zaman-zaman budak, zaman remaja, zaman bujang, zaman anak dara dulu. Kan.......





p/s:- teringat pulak cerita Cinta Antara Benua.......