14 Mac 2014

Orang kita hebat-hebat semuanya...

Serius, lama betul aku tak menulis dekat blog ini, dah hampir sebulan rasanya. Kalu nak diikutkan macam-macam perkara dan isu terkini yang aku boleh jadikan modal entri. Sekarang ini topik utama setiap hari di media cetak dan elektronik ialah isu kehilangan pesawat MAS MH370 sejak 8 Mac yang lalu. 


Sekarang ini, Malaysia menjadi tumpuan seluruh dunia dengan kejadian kehilangan pesawat ini. Kehilangan yang melibatkan ramai penumpang dari pelbagai negara menjadikan tumpuan dunia terarah kepada kita sepenuhnya. Dan perkara yang paling menjadi tumpuan ialah segala bentuk informasi dan teori dapat kita baca setiap hari. Ada yang cakap kena hijacklah, ada pula yang cakap dah selamat mendarat. Paling melucukan ialah bila tok bomoh pun turut serta sebagai pasukan mencari, dah macam pertunjukkan pula aku rasa benda ini.

Blogger pula sudah semestinya mengambil kesempatan atas isu kehilangan pesawat ini dengan menyiarkan segala bentuk entri berkaitan kehilangan pesawat MAS MH370. Pelbagai cerita yang disebarkan, dan yang paling menyakitkan hati apabila berita yang disampaikan itu semuanya belum dipastikan kesahihanya. Mana etika seorang blogger? sibuk sangat nak buat duit??

Cara ini sedikit pun tidak membantu mana-mana pihak dan yang lebih memilukan sudah semestinya keluarga penumpang yang terlibat dalam kejadian ini. Sedap-sedap mulut korang cakap dah terhempaslah, kena hijacklah, pilot berkomplotlah, dan macam-macam lagi. Apa perasaan mereka bila dengar berita-berita macam ini? macam mana kalau semua ini kena pada keluarga korang sendiri? suka??

Niat nak menyampaikan maklumat itu tak salah, tetapi sampaikan maklumat yang sahih dan ada bukti, bukan teori merepek semua itu. Dapatkan semua maklumat dari pihak yang berkenaan, yang berasaskan fakta dan bukti, kemudian barulah tulis dalam blog korang yang hebat itu!

Aku pasti bukan aku seorang yang sedih dengan kejadian ini, ramai lagi orang yang turut bersedih dengan kejadian ini, jadi tolonglah blogger-blogger diluar sana yang sibuk menulis pelbagai berita yang tidak sahih supaya berhenti dan menulis seperti biasa. Pergilah menulis balik gosip-gosip artis, kisah harian korang, macam yang selalu korang tulis itu. Tinggalkan isu MH370 ini sehingga semuanya selesai.

Boleh???