25 September 2013

Peluang Buat Duit Dari Rumah

Buat duit dari rumah secara online merupakan salah satu pekerjaan yang semakin memdapat perhatian golongan-golongan remaja, pelajar mahupun suri rumah sepenuh masa. Bila sebut sahaja buat duit secara online nie mesti ramai yang beranggapan bahawa semua ini hanyalah satu mitos sahaja kerana tiada seorang pun yang benar-benar berjaya buat duit secara online. Ramai lagi di kalangan orang Malaysia ini kurang yakin bila sebut pasal buat duit online nie. Mungkin mereka ini sering kali dihidangkan dengan cerita-cerita penipuan yang sering berlaku di internet, labur sana, labur sini, last-last rugi beribu-ribu sebab termakan dengan pujukan rakan-rakan. Inilah sebenarnya salah satu halangan orang kita semua, takut dan kurang yakin dengan program buat duit secara online.


Sebenarnya korang semua perlu faham, bukan semua program macam itu, ada banyak lagi program yang boleh kita sertai untuk buat duit dari rumah secara online. Apa yang perlu anda tahu untuk sertai sesuatu program ialah latar belakang syarikat yang menjalankan program tersebut, pastikan ianya berdaftar dengan SSM (di Malaysia ), berapa lama syarikat itu beroperasi, maklumat perniagaan mereka, maklum balas yang diberikan oleh peserta program mereka dan lain-lain lagi yang mampu meyakinkan kita sebagai peserta. Bagi aku ini merupakan antara perkara utama sebelum anda turut serta dalam program buat duit secara online nie.

Salah satu program terbaik bagi aku ialah Jobdirumah. Dikendalikan oleh Kliks Solution program ini sememangnya terbaik buat korang semua yang masih lagi tercari-cari program buat duit secara online. Sehingga hari ini, sudah ramai yang berjaya buat duit dengan mereka, dan anda boleh baca sendiri testimoni peserta jobdirumah yang berjaya buat duit dari program ini. 

Dengan keadaan ekonomi sekarang, kenaikkan harga barang yang tidak menentu, seharusnya kita perlu menjana pendapatan sampingan buat keluarga, sekurang-kurangnya ianya dapat membantu dari segi perbelanjaan seharian kita, tidaklah terlalu bergantung kepada duit gaji semata-mata. Pada korang yang memerlukan pendapatan tambahan, daftar segera dengan program Jobdirumah ini kerana setiap hari berpuluh-puluh orang peserta baru mendaftar dengan mereka, jadi gunakan peluang ini segera untuk menjadi peserta terawal yang bersama mereka buat duit secara online hanya dari rumah. Daftar disini.

15 September 2013

Tahniah Harimau Muda, Juara Pesta Bola Merdeka 2013

Salam semua, tahniah aku ucapkan kepada pasukan Harimau Muda kita kerana berjaya menjadi juara Pesta Bola Merdeka pada edisi kali ini. Ternyata apa yang kita semua harapkan menjadi kenyataan. Aku berkesempatan menonton perlawanan malam tadi dan apa yang aku boleh simpulkan ialah pasukan Harimau Muda kita semakin matang dan mampu memberika cabaran pada pasukan lain. Pemain-pemain muda kita semakin matang dalam setiap permainan, cuma beberapa pemain harus meningkatkan lagi prestasi mereka. 


Dalam edisi kali ini, pasukan Harimau Muda kita berjaya mengharungi semua perlawanan dengan kemenangan dengan hanya bolos satu gol sahaja. Ya, satu prestasi yang membanggakan bagi kita semua. Penjaring terbanyak kejohanan juga menjadi milik pemain Harimau Muda iaitu Rozaimi Rahman dengan lima gol. 

Aku harap pasukan yang sama ini akan mencapai kejayaan di sukan SEA Myanmar nanti dengan membawa pulang pingat emas buat Malaysia. Namun beraksi di laman lawan nanti pastinya kita diberikan tentangan sengit oleh tuan rumah kerana Myanmar merupakan antara lawan yang memang tidak boleh dipandang rendah oleh mana-mana pasukan. Namun berbekalkan prestasi tinggi pasukan kita, aku harap kita mampu memiliki pingat emas.

Sekali lagi aku ucapkan tahniah pada pasukan bola sepak kita yang berjaya menumpaskan pasukan Myamnar 2 - 0 dalam perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka malam tadi. Semoga dengan kemenangan ini akan lebih menaikkan lagi semangat pemain-pemain kita.

14 September 2013

Go Malaysia Go!!!

Salam semua, bertemu lagi kita dalam entri terbaru di blog nie. Seperti yang korang semua maklum ataupun korang memang tak nak ambil maklum, malam nie pasukan Harimau Muda akan turun menentang pasukan Myanmar dalam perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka 2013. Aku rasa pada edisi kali ini pasukan kita mampu mendakap kejuaraan dengan peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh pemain Harimau Muda kita. Aksi pertama mungkin agak membimbangkan namun bila aku tengok game masa lawan Thailand tempoh hari, memang team kita nie mampu menjadi juara.


Malam nie aku pasti stadium mesti penuh dengan kehadiran penyokong-penyokong Harimau Muda, kebetulan pula malam ini malam minggu, jadi ramai peminat bola sepak akan mengambil kesempatan untuk menonton perlawanan di stadium berbanding di rumah, esok dan isnin dah cuti, jadi memang takde masalah kalau nak pergi tengok kat stadium. Pada yang pergi ke stadium tue, aku harap korang semua jagalah tingkah laku bagi menjaga nama baik Malaysia, ramai pemerhati luar yang akan turut memerhatikan perlawaan akhir malam nanti, media-media luar juga turut sama membuat liputan, tak naklah nanti timbul isu-isu yang boleh menjejaskan nama baik kita macam yang pernah berlaku pada edisi-edisi sebelum ini. Ingat lagi tak isu pancaran laser yang dibesar-besarkan oleh media-media Indonesia kononnya kita guna taktik kotorlah untuk menang an macam-macam lagilah. Lagi satu, janganlah bawa mercun dan bunga api bila nak ke stadium nanti, takut perkara buruk pula yang menimpa. Pastikan kita menonton dalam keadaan selamat dan yang pastinya bersemangat menyokong pasukan Harimau Muda kita.

Sebelum ini kita dah pun berjaya menumpaskan pasukan Myanmar dalam saingan kumpulan sebelum ini, jadi aku harap malam nie kita tiada masalah untuk atasi mereka sekali lagi. game masa lawan thailand tempoh hari memang best, harap dapat main macam tu juga malam nie. Pada yang tak dapat datang ke stadium, korang bolehlah menonton di kaca tv di saluran 119 dan juga Astro Arena 801. Sokong jangan tak sokong!!!

12 September 2013

Peluang Belajar Jahit Baju Kurung

Salam semua... harap korang semua sihat sejahtera hendaknya. Maklum sahajalah, keadaan cuaca sekarang memang tak menentu langsung. Kejap panas, kejap hujan, boleh mendatangkan penyakit macam nie. Dengan keadaan cuaca sekarang, penyakit seperti demam, batuk, selsema memang mudah berjangkit, jadi aku harap korang semua jagalah kesihatan diri dengan baik, amalkan minum air masak dalam kuantiti yang banyak, baru tahan sikit badan, takdelah mudah kena demam dan sebagainya. 


Baiklah, hari ini aku nak kongsikan dengan korang semua bagaimana korang semua boleh menambah pendapatan dengan bisnes menjahit baju kurung. Nampak macam biasa-biasa sahaja, tetapi kalau korang betul-betul fokuskan pada bisnes nie, memang betul-betul boleh buat duit. Bagi aku bisnes nie sesuai untuk sesiapa sahaja terutama sekali untuk suri rumah sepenuh masa yang boleh menjadikan bisnes nie salah satu pendapatan buat keluarga. Sekurang-kurangya ada juga sumber lain nak tambah pendapatan keluarga. 

Susah ke sebenarnya nak jahit baju kurung nie? tak susah sebenarnya kalau tahu cara-cara nak menjahit baju kurung nie. Kalau betullah susah nak jahit, memang susah kita nak cari baju kurung kat kedai-kedai sebab susah nak membuatnya, betul tak?.. tetapi sekarang  nie kita sendiri perasan yang bisnes baju kurung nie dimonopoli oleh peniaga-peniaga luar, susah nak tengok orang kita yang jual sendiri baju kurung nie, kalau ada pun tak seramai peniaga luar. 

Aku nak kongsikan satu kisah dari sahabat aku sendiri yang menjalankan perniagaan ini, untuk pengetahuan korang semua, ramai peniaga baju kurung nie sebenarnya bukan mereka yang menjahit, mereka sebenarnya menjadikan suri-suri rumah yang tidak bekerja menjahit untuk mereka. Kebiasaannya mereka akan buat satu perjanjian yang mana peniaga ini akan minta suri-suri rumah nie siapkan 100 pasang baju dalam tempoh sebulan atau dua bulan. Jadi, melalui perjanjian ini, peniaga akan tetap ambil tempahan seperti yang diminta walaupun mereka gagal menjual keseluruhan bajju kurung tersebut. Katakanlah sehelai baju kurung mereka ambil RM30, cuba kalikan dengan 100 pasang, kat situ dah ada income yang lebih dari gaji orang kerajaan.  

Bermula dari situ, korang bolehlah upah kawan-kawan, jiran-jiran ke untuk menjahit sekali, produk makin banyak, hasil pun lagi banyak. Semuanya hanya perlukan satu je iaitu kemahiran menjahit baju. jadi, pada yang nak belajar jahit baju kurung tue, korang bilehlah cuba belajar kat sini, korang akan diajar langkah demi langkah dari ukur baju, belajar gunting sampailah siap sepenuhnya sepasang baju kurung. Kalau korang rasa benda nie baik untuk korang dan mampu merubah hidup korang, bolehlah belajar menjahir baju kurung. Korang boleh tengok kat sini, Panduan Jahit Baju Kurung.


11 September 2013

Aku Datang....

Salam semua, pertama sekali terima kasih aku ucapkan pada anda semua yang sudi singgah di blog aku yang tidak seberapa ini. Tujuan aku menulis blog ini sebenarnya lebih kepada hobi aku untuk mengisi waktu lapang. Jadi segala perkara dan kisah seharian aku akan dikongsikan di blog ini. Pada yang masih belum mengenali aku lagi, teruskanlah melawat blog ini untuk mengenali aku dengan lebih dekat lagi, yang pasti aku tidak setampan Aaroon Aziz mahupun Adi Putra, tetapi satu sahaja yang pasti tentang aku, seorang hamba yang menjalani kehidupan di muka bumi Allah S.W.T.

Posted on 11.9.13 | Categories: